Malam tadi waktu Malaysia, pasukan Korea Selatan telah mengejutkan juara piala dunia 2014, German dengan keputusan 2-0. Usaha yang tidak pernah mengenal lelah dan kental bertahan menjadi tonggak kemenangan yang menggembirakan seluruh warga Korea Selatan.

Namun, sebelum kemenangan menentang Gernan, ada satu peristiwa yang mencetus iltizam dan tekad yang teramat kuat di setiap benak pemain Korea Selatam. Dan itulah sebenarnya yang menjadi tonik rahsia kemenangan bergaya mereka mengejutkan juarabertahan piala duia itu.

Saksikanlah bagaimana kapten Korea Selatan, Son Heung Min menangis teresak-esak kerana gagal menghadiahkan kemenangan kepada presiden presiden Moon Jae dan seluruh peminat Korea Selatan.

Lihat bagaimana presiden Korea Selatan itu memujuk kapten Son Heung Min dan seterusnya memberikan semangat dan motivasi kepada keseluruhan pasukan. Semangat patriotisme yang tinggi untuk mengharumkan nama negara inilah sebenarnya yang menyebabkan merea mampu mengaibkan German.

Sumber : FB Keepitonthedeck Football

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *