Apabila pasangan suami dan isteri dikurniakan anak, maka ia telah meletakkan satu tanggungjawab besar yang dipikul oleh seorang ibu mahupun ayah. Namun, menerusi penularan video yang kelihatan seorang ayah begitu sebak untuk melepaskan seorang anak perempuan berkahwin telah menunjukkan betapa besarnya kasih sayang seorang ayah.

Ibarat kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa yang pastinya kasih sayang mereka sangat berharga buat seorang anak terutama anak perempuan berbanding lelaki. Apatah dengan dunia sekarang yang pastinya membuatkan seorang ayah lebih sensitif untuk mengahwinkan anaknya.

Kasih seorang ayah terhadap anak perempuan

Susah untuk melepaskan ketika akad nikah berlangsung

Menerusi video yang dimuat naik dilaman Facebook Siakap Keli menunjukkan reaksi sedihnya seorang ayah untuk melepaskan anaknya ketika akad nikah berlangsung sehingga perlu ditenangkan. Malahan pula rata-rata netizen turut berkongsikan cerita tidak dapat merasai situasi tersebut kerana kepergiaan seorang ayah terlalu awal dan turut merasa sebak.

Ayah saya dengar saya nak kahwin pun sebak…

Kasih ibu sampai bawa ke mati kasih bapa…tiada galang gantinya…

Sumber: Siakap Keli via Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *