Sejak-sejak ini tular dengan lagu Lagi Syantik oleh Siti Badriah di Malaysia kan? Sudah ramai artis yang membuat parodi lagu bersertakan tarian mereka yang tersendiri. Terdahulu, instafamous Faiz Roslan dikecam hebat netizen kerana membuat parodi ini tetapi berpakaian perempuan.

Geng Faiz Roslan ditegur Da’i Wan Dazrin untuk tidak melakukan lagi parodi berupa perempuan, lebih-lebih lagi video itu dimuatnaik ketika bulan mulia, Ramadhan ini. Namun menerusi update terbaru, Da’i Wan Dazrin telah pun bersemuka dengan mereka bersama dengan PU Azman.

Lagu Lagi Syantik ini memang viral dimana-mana sahaja sehinggakan penyanyi berasal dari Indonesia ini menjadi trending setelah #lagisyantikchallenge mendapat sambutan rakyat Malaysia dan Indonesia.

Walaupun lagu itu berunsurkan puji-pujian diri namun pendakwah bebas, PU Azman telah menggubah lirik lagu itu menjadi satu dakwah untuk disampaikan kepada masyarakat di luar sana. Video yang dimuatnaiknya itu telah mendapat lebih 200k tontonan dan 42k likes.

Hei sygku Quran ini memang cantik, didik jiwa dan hatimu, peribadi dan akhlakmu. Hei sayangku, nasihatilah diriku, jangan engkau rasa jemu, ku ingin dibimbing kamu. Quran jangan lupa kalau pengen ke syurga, pengen temu Tuhan jadi insan bertaqwa. Jangan gedik gedik nanti engkau dikritik, didik-didik hati hanya untuk Tuhanmu..

Sumber: lubukmaklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *