Bahasa Arab merupakan bahasa Alquran dan sangatlah bertuah jika dan memahami dan bertutur dalam bahasa yang indah ini.Siapa sangka Juara program realiti Gadis Melayu musim pertama Khairul Noormaaidah Zali,34 atau Aida rupanya cukup fasih dalam berbahasa Arab.

Pernah mempelajari bahasa Alquran semenjak dari Sekolah Menengah, ibu kepada sepasang cahaya mata Aida Eirdeena,7 dan Saif Eirham,4 ini juga mempunyai Diploma Bahasa Arab & Tamadun Islam dari Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kuipsas). Malah Aida juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM).

Baru-baru ini,isteri kepada bekas penyampai berita Buletin Utama, Saiful Nizam Ismail,36 ada memuat naik video pendek dirinya bercakap dalam Bahasa Arab. Rata-Rata ramai yang memuji kelancaran dan kefasihan Aida dalam menuturkan bahasa ketiga ini.

Terdapat 3 video yang dikongsikan wanita yang pernah mengacarakan rancangan ‘Nasi Lemak dan Kopi O’ serta Wanita Hari Ini (WHI).Antaranya perkongsian ucapan Selamat Hari Raya, tip penjagaan kesihatan di Bulan Syawal serta kelebihan mempelajari Bahasa Arab.

Berikut antara yang dikongsikan;

Rindunyeeee nak cakap “arab” lepas ngidamm nak kasi video ucapan raya dalam Bahasa Arab. Selamat Hari Raya Semua.

“Kenal my syurga @snizam5 pun dari bab cakap arab la. Jom sikit-sikit kita belajar Bahasa Al~Quran. Hari ini, aida kongsikan sikit tips penjagaan kesihatan di Bulan Lebaran !!!

Rindunya zaman Diploma Bahasa Arab & Tamadun Islam dulu lebih lagi semasa kem “ Mukhayyam Arabbiy” (Minggu Bahasa Arab) Siapa silap cakap Bahasa Melayu kena bayar Dua puluh sen 1 perkataan. Pantas masa berlalu.

“Lama rasenya tak bebel dalam Bahasa Arab.Rinduu tau.Tak tau nak bebel apee jadi terimalahhh.

Tahniah buat Aida, kerana bukan sahaja belajar malah fasih berbahasa Arab, memang seronok dengar. Tidak rugi mempelajari pelbagai bahasa, lebih-lebih lagi bahasa syurga dan bahasa Alquran ini.

Sumber: Islamik Info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *