Sedang orang ramai masih dalam kemeriahan menyambut hari raya Aidilfitri, ada juga yang menunaikan hasrat untuk menamatkan zaman bujang masing-masing.Terbaru, Da’i Hamidah telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya dikenali sebagai Salman pada 22 Jun lalu yang berlangsung di Sik, Kedah.

Namun siapa sangka, dalam perkenalan tempoh yang singkat dapat membawa pasangan sama cantik sama padan itu hingga ke jinjang pelamin dengan kehadiran ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai.

Jom kita tengok antara gambar di sekitar majlis pernikahan dan walimatul urus yang dikongsikan di laman Instagram miliknya!Merupakan juara program Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga 2015, Da’i Hamidah atau nama penuhnya Hamidah Ab Razak kini aktif sebagai penceramah bebas dan penulis ilmiah di kolum akhbar tempatan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *