Wah romantiknya, itu antara perkataan yang terkeluar dari mulut KB, selepas menonton aksi Zara Zya merajuk dengan mengenakan pakaian maskot comel itu. Sebelum ini Zara Zya pernah berkongsi video kejutan Hafreez Adam di salah sebuah restoran tempatan.

Zara Zya menerusi Instagramnya memuat naik video, beliau sedang merajuk selang beberapa jam selepas kejutan yang dibuat pada Hafreez Adam. KB pasti selepas melihat perkongsian dari Zara ini, pasti ramai diluar sana yang teringin seperti pasangan ini.

Alahai bersemut betul KB lihat video yang dikongsi oleh Zara Zya ini, malah peminat-peminat juga turut gembira dan teruja sehinggakan ada yang mahu pasangan ini disatukan dengan cepat.

Berbunga-bunga pula hati KB melihat hubungan mereka yang tersangat manis bersama.

Dia buli kita 😭 @hafreezadam

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Sempat juga KB meninjau komen-komen di ruang instagram Zara zya. Menerusi Ruang komen yang ada, peminat-peminat memuji pasangan ini dan mendoakan semoga mereka disatukan.

APA KATA NETIZEN:

Tawenn la cepatt

Sweet sangat. Mohon cepat kawin

Bersemut screen

KB mendoakan semoga hubungan yang terjalin antara Zara Zya dan Hafreez Adam berkekalan hingga ke jenjang pelamin.

Sumber:Ig Zara Zya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *