Cumi cumi cumi cumi cumi cumi cumi~ haa sebut saja lirik lagu ni pasti semua kenal dengan penyanyi lagu Pematah Hati ni kan, siapa lagi kalau bukan Nabila Razali! Sebelum ini kita dikejutkan dengan kemasukan Nabila ke hospital kerana keracunan makanan.

Lama juga Nabila nak sembuh, makan masa 2-3 hari namun kini beliau kembali aktif dan menyambung aktivitinya sebagai penyanyi. Baru-baru ini Nabila memuat naik video ketika dia berkunjung ke salah sebuah sekolah yang terletak di Gombak, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Setiabudi.

Wah nampaknya kedatangan Nabila ke sekolah itu disambut dengan meriah habis, ramai pelajar-pelajar yang mengerumuninya sehinggakan sesak nak lalu. Tiba-tiba hadi seorang lelaki yang dipercayai guru di sekolah untuk membuka langka silatnya sambil berkata β€˜Beri laluan!”.

Antara komen-komen netizen berkenaan video tersebut. Ramai yang mengatakan gaya-gaya cikgu yang menyambutnya sangat lawak. Siap bersilat sekali.

lawak sey…

dah nak tercabut tudung budak tu

Sumber: newscoviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *