Terbaru, Jep Sepahtu telah memuatnaik satu video dia dan Rahim sedang makan-makan selepas memenangi perlawanan bola sepak Super Lawak FC. Video tersebut telah dimuatnaik di laman Instagram beserta dengan kapsyen “Celebrate kemenangan @superlawakfc malam ni..”
Dalam video tersebut, Jep dan Rahim tengah makan nasi goreng nenas sambil memberikan response sedap. Lucunya apabila mereka berdua mula perangai lawak dengan saling menyuap antara satu sama lain. Malah, Jep secara spontan menusap dahi Rahim.
Pelbagai reaksi dan komen diberikan oleh netizen di laman Instagram milik Jep Sepahtu. Rata-rata netizen memberikan komen mereka berdua nampak terlalu sweet kerana saling bersuap makanan. Ada juga netizen yang kata adegen Jep urut dahi Rahim memang sangat rare.
Malah, netizen turut mendoakan semoga persahabatan mereka berdua kekal hingga ke jannah.
Sweet sangat Jep dengan Rahim sama-sama suap makanan
Hahaha.. Memang lawak korang ni
Adegan korang sweet
Main suap-suap, usap-usap kepala
Bab urut dahi tu rare
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: soyalemon