Hari ini kami mempersembahkan kepada anda sebuah video yang pasti akan membuat anda tersenyum. Ia adalah rakaman seorang kanak-kanak yang sedang bermain dengan rakan lautan yang indah, iaitu ikan lumba-lumba.

Kita tahu bahawa ikan lumba-lumba berkomunikasi antara satu sama lain dan mereka merupakan salah satu haiwan yang paling suka bermain. Menurut penyelidikan saintifik terkini, otak ikan lumba-lumba jauh lebih besar daripada otak manusia.

Secara asasnya, mereka mempunyai dua hemisfera otak seperti manusia, tetapi mereka dibahagikan kepada empat lobus dan bukannya tiga seperti kita. Dipercayai bahawa ikan lumba-lumba boleh menggunakan dua hemisfera otak mereka secara berasingan. Sebab itulah kita sering melihat telatah ikan lumba-lumba yang sangat bijak!

Misalnya, di dalam video ini kita dapat melihat bagaimana bijaknya ikan lumba-lumba ini bermain dengan kanak-kanak di atas daratan itu. Ia dilihat mengambil dan membaling bola kepada kanak-kanak itu.

Disamping itu, perhatikan juga cara ikan lumba-lumba itu berpusing untuk turun ke dalam air semula untuk mengambil bola yang dicampak kepadanya.

Ianya sangat hebat!

Sumber; Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *