Seorang pemandu lelaki berusia 30-an yang sering mengelak daripada membayar tol akhirnya terperangkap dan ditahan ketika cuba meloloskan diri di sebuah plaza tol semasa trafik sesak.

Lelaki berkenaan dilaporkan telah ditahan di lorong SmartTAG Plaza Tol Sungai Besi selepas taktiknya mengelak daripada membayar tol tidak berjaya ekoran kesesakan trafik yang berlaku di laluan itu.

Menerusi rakaman kamera pengawasan litar tertutup (CCTV), insiden yang berlaku sekitar jam 8 malam itu melibatkan seorang pemandu kereta Proton Saga yang dilihat tidak sempat untuk melepasi palang tol.

Difahamkan pemandu berkenaan telah banyak kali menggunakan taktik yang sama iaitu dengan mengekori rapat kenderaan di hadapan. Sebaik sahaja palang tol diangkat, pemandu akan memecut laju sekali gus membolehkan dirinya mengelak daripada membayar tol.

Menurut sumber, kegiatan suspek berjaya ditumpaskan setelah seorang pekerja plaza tol berkenaan berasa curiga dengan tindakan pemandu kereta tersebut yang mengekori rapat kereta di hadapannya. Pekerja kemudian bertindak menahan pemandu di lorong tersebut.

JUMLAH HUTANG LELAKI INI DENGAN PLAZA TOL
“Pekerja plaza tol itu meminta pemandu kereta itu keluar daripada kenderaan. Hasil semakan nombor pendaftaran kereta itu mendapati kenderaan berkenaan mempunyai rekod beberapa kali lari daripada membayar tol dianggarkan berjumlah RM900.”

“Lelaki itu juga dipercayai kerap menggunakan laluan berkenaan dan banyak kali mengelak daripada membayar tol.”

Pemandu telah ditahan oleh pihak pengurusan plaza tol berkenaan bagi menjalankan tindakan selanjutnya. Bagaimanapun ketika dihubungi, pihak pengurusan plaza tol enggan mengulas lanjut dan berjanji akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Sumber: lubokviral kredit video to buletin tv3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *