Ketika kenderaan lain membunyikan hon memarahi pemandu lelaki yang terus diam tertunduk dalam kenderaanya yang berdekatan dengan tol Subang. Pengacara terkenal, Fara Fauzana dengan segera bertindak untuk mengejutkan pemandu tersebut.

Walaupun telah di hon berkali-kali, pemandu tersebut terus kaku diam 1000 bahasa. “FF drive sorang and Its friday yo! 705pm & Jem toksah citer Sila tgk gambor korang faham la eh so kena sabar Dlm asyik melayan lagu alih2 org kiri kanan semua pakat tekan HON HON HON Alaaa dah kenapa kereta depan tu xnak jln?”, tulis Fara Fauzana di Twitter.

Tambahnya, ketika dia melihat kereta lain yang di depan kenderaan tadi sudah bergerak, kenderaan tersebut statik dan tidak bergerak dari tempat asalnya. “Kebetulan FF kat tepi kereta dia and passed by his car. Bila tgk driver asyik tunduk kebawah jea”, tambahnya.

Hati Fara Fauzana makin berdebar bila melihat pemandu tersebut menunduk ke bawah sahaja. Fara terus menekan hon berkali-kali, tetapi pemandu tersebut masih tidak bergerak. “FF bukak tingkap and jerit .. uncle uncle uncle!! Tetap tunduk tak bergerak”, Tulis Fara Lagi.

Makin cemas Fara Fauzana apabila melihat situasi tersebut. Situasi ini makin menambah rasa bersalah di hti. Tanpa berlengah lagi dan dia mahu memastikan perkara yang difikirkan itu tidak benr-benar terjadi.

“Deng! If dia tido .. itu normal sbb mungkin dia penat .. jap! Wht if dia .. pengsan! Or even worst.. sakit jantung dan …..” Tambahnya. Pemandu Terus Tunduk Tidak Memberi Sebarang Respon.“FF terus tekan double signal .. keluar dari kereta, pergi kat kereta uncle tu and ketuk tingkap! Dia tak gerak ok”, Tulis Farah Di Twitter.

Fara terus mengetuk cermin kerta pemandu tadi. Kuat dari sebelumnya. Akhirnya pemandu itu angkat kepala macam orang yang baru sedar. “Are u ok uncle?!” 2x FF repeat baru dia respond .. “oh ok! Tq” then br keta dia gerak, Tambahnya.

Tidak lama selepas itu, barulah keretanya bergerak meluncur meredah kesesakan itu. “Goshhh tak kelakar ok..alhamdulillah nasib dia tido tp what if dia sakit jantung & memang xsedarkan diri dalam keadaan jem yg teruk tu .. I dont knw, maybe lps ni if kita nampak org depan tak gerak pls jgn mara2 Maybe dia perlukan kita utk selamatkan dia dari lebih parah”, Tulis Fara.

Pesanan Fara ini memang banyak betulnya dan Hangat.com bangga dengan tindak Fara yang berani turun dan kejutkan pemandu tersebut. Hangat.com tidak merasakan ramai yang sanggup mengikut tindakan Fara. Walaupun cerita Fara agak kelakar, tetapi sarat dengan pengajaran untuk pemandu-pemandu Malaysia. PEACE!

Sumber : Twitter Fara Fauzana via otokgeligo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *