Pasti ramai yang telah mengenali pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli yang telah dikurniakan seorang anak lelaki yang menjadi perhatian umum kerana kecomelannya yang berpipi pau dan tembam. Putera sulung pasangan ini telah lahir pada 15 Oktober dan memiliki laman Instagram sendiri.

Aqeef Anaqi memiliki jumlah pengikut sebanyak 422 ribu dan ramai netizen yang mengikutinya untuk mengetahu perkembangan anak pasangan ini kerana telatah dan ketampanannya yang sering mencairkan netizen di luar sana.

Jika dikira umur Aqeef Anaqi belum sampai setahun tapi kini Anaqi bijak berkata-kata? Semalam, satu video yang berdurasi 26 saat telah dimuat naik yang memaparkan gelagat dan kelakuan Anaqi yang semakin bijak seperti sedang bercerita.

Video itu telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 736 ribu dan rata-ratanya netizen geram dengan Aqeef Anaqi. Malah, jika dilihat video tersebut Anaqi seolah-olah meluahkan sesuatu. Comel kan?

B . I . S . I . N . G @aqeefanaqi #Amyramar #AAA #8months

A post shared by Madam Amar (@aamyrarosli) on

Auuuuch his cuteeee

Halah-halah.. Ape yang diceritakannya tu

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: soyalemon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *