Ramai yang telah mengetahui bahawa pengasas produk D’Herbs, Datuk Aliff Syukri dan isteri Datin Nur Shahida telah mengambil dua orang anak angkat yang berdarah campur iaitu Ameena dan Qayyum. Pasangan romantik ini telah mewujudkan laman Instagram sendiri untuk dua orang anak angkatnya iaitu Baby Terlajak Laris yang mempunyai 209 ribu pengikut.

Siapa saja yang tidak cair melihat telatah anak syurga ini. Qayyum yang memiliki bulu mata yang cantik dan telatahnya yang comel telah mencuri perhatian netizen di luar sana. Kali ini, kelihatan Qayyum sangat gembira dan tersenyum manis bila berjumpa dengan Datin Nur Shahida.

Video berdurasi beberapa saat itu telah mencairkan hati dan membuat netizen terharu serta sebak melihat kelakuan Qayyum yang sangat gembira dan excited bila berjumpa dengan Datin. Qayyum seumpama melompat-lompat keriangan dan melepaskan rindu kepada Datin walaupun hanya beberapa jam tidak berjumpa.

Video tersebut telah mendapat 20 ribu likes dan 223 ribu tontonan. Rata-rata netizen terharu melihat kasih sayang diantara Datin Nur Shahida dengan anak syurganya itu. Semoga Ameena dan Qayyum membesar dengan sihat dan bahagia.

bila yom excited jumpa mama😅

A post shared by Babyterlajaklaris (@babyterlajaklaris) on

Manjanya Yommm

Terharu tengok video ni

Qayyum rindu dengan mama

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: soyalemon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *