Siapa yang tidak kenal dengan Siti Aafiyah Khalid yang merupakan puteri sulung dan anak kepada pasangan popular yang paling disegani ramai netizen, Dato Seri Siti Nur Haliza dan Dato Seri Khalid Mohamad Jiwa. Sambutan Syawal keluarga Dato Siti lebih meriah tahun ini kerana dengan kehadiran Siti Aaafiyah.

Baru-baru ni, Dato Siti telah menarik perhatian netizen dengan memuatnaik satu video terbaru mengenai telatah puteri kesayangannya, Siti Aafiyah ketika berada di spa bayi. Video tersebut merupakan telatah Siti Aafiyah cuba sambil mengikut rentak irama ‘Comel Pipi Merah’ dendangan ibunya. Dato Siti telah memuatnaik video tersebut beserta dengan kapsyen :

“Dulu ibu takde masuk baby spa sayang.. sebab tu ibu tak pandai berenang..🙈😬(kena pakai pelampung).. Now ibu nak anak ibu pandai berenang .. bagus untuk kesihatan & tumbesaran anak ibu ..”

Rata-rata netizen yang menonton video telatah baby Aafiyah berenang memberikan pelbagai reaksi dan komen di laman Instagram milik Dato Siti. Netizen memuji baby Aafiyah sangat comel dan lucu. Wajahnya saling tak tumpah dengan wajah Dato Siti. Cepat betul si cilik ni membesar kan?

Mendapat lebih 570k tontonan di Instagram hanya dalam masa 2 jam, ini beberapa komen netizen mengenai Si Comel Pipi merah kesayangan Malaysia.

Ya Allah montelnya Aafiyah

Terus rasa nak berendam dengan baby Aafiyah

Senyap je Aafiyah, tak banyak ragam pun

Sumber: Soya Lemon

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *