Pasukan penyelamat Thailand bersama pasukan antarabangsa tidak berputus asa untuk menyelamatkan 12 remaja dan seorang jurulatih bola sepak Thailand keluar dari gua Tham Luang-Khun Nam, wilayah Chiang Rai. Kesemua mangsa terperangkap kira-kira 10 hari akibat peningkatan jumlah air di dalam gua tersebut.

Salah seorang penyelamat Thailand meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada seorang ustaz yang telah membantu sepanjang usaha menyelamatkan mangsa. Ustaz ini telah melaungkan azan dan membaca beberapa surah Al-Quran di hadapan gua tersebut. Video temubual ini pasti membuat air mata anda menitis jatuh…

‘Lebih gembira dari dapat anugerah’

Perlu berterima kasih kepada semua pihak termasuk sukarelawan yang berkorban tidur dan rehat membantu menyelamatkan mangsa selama 10 hari. Saya suka lihat semua pengorbanan ini dan sahabat ini (kiri) tidak mengira agama dan negara dari Myanmar dan sebagainya sudi datang membantu.

Hari ini adalah hari yang sangat bersejarah dalam hidup, lebih gembira dari menang anugerah atau hadiah. Tambah lagi, dapat pula sahabat yang baik macam ini. Dia telah membaca doa di depan gua untuk mempermudahkan segala urusan. Sami Buddha juga turut membantu.

Tidak mengira agama Islam atau Buddha, kami saling sayang antara satu sama lain. Harap kasih sayang antara dua agama ini berkekalan. Usaha ini telah membuktikan kami saling berkasih sayang. Hilang penat lelah selama 10 hari berlalu.

Perkembangan terkini
Pasukan penyelamat Thailand bersama penyelamat antarabangsa telah berjaya menyelamatkan 13 mangsa keluar dari tempat kejadian. Menurut laporan dari berita Thailand terkini, kesemua mangsa dikatakan telah membeli makanan ringan dan minuman di kedai runcit berdekatan dan menuju ke gua untuk menyambut hari lahir salah seorang mangsa. Sebanyak 13 buah ambulans membawa mangsa ke Hospital Besar Chiang Rai untuk pemeriksaan lanjut. Kesemua mangsa selamat dan tiada sebarang kecederaan berlaku.

Sumber: Ohbulan via beritasteady

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *