Pasti ramai mengenali dengan anak perempuan kedua Abby Abadi dalam perkahwinan terdahulu bersama Norman Hakim. Marissa Dania yang juga pernah menjadi viral kerana memiliki wajah yang cantik seperti ibu dan ayahnya itu.

Baru-baru ini, Marissa menjadi perhatian apabila Abby menyakat anaknya mengenai anak angkat yang diambil dan ia tanpa pengetahuan Marissa namun kali ini pula sempena menyambut hari jadi yang ke- 13 tahun pada hari ini, Marissa sekali lagi diusik oleh Abby.

Kelihatan menerusi video, Abby yang merakam telatah Marissa yang sedang malu-malu apabila Abby memberi ucapan buatnya namun lucunya pula Abby mengusik tentang umur Marissa yang baru sahaja 13 tahun.

Video berkenaan yang telah dimuat naik dilaman sosial Instagram milik Abby, ia telah mendapat lebih 200k tontonan dan rata-rata netizen turut mengucapkan ‘selamat hari jadi buat Marissa’ namun anak Abby dan Norman ini tidak dapat lari daripada pujian netizen.

“Sanah Helwah Adik @marissadania. Semoga menjadi hamba ALLAH, anak, adik & kakak, cucu & sahabat yg lebih baik lepas2 ni ye. Sorry Mama tak sempat nak buat apa2. Ucapan pun tak sempat nak tulis panjang2. Tangguh ke 14hb July ye…Love U Lillahi Taala Adik Sayang.”

Alahai anak dara die comey lotey.. Baru 13 tahun tapi dah nampak dewasa

Indah sungguh perwatakan anak dara ni.. Cantik dari segala sudut

Suka tengok dia malu-malu camtu

Sumber : Instagram Abby Abadi via Berita Steady

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *