Allahuakbar sampainya hati seorang pengasuh letak mayat bayi Adam Rayqal Mohd Sufi, lima bulan, dalam peti ais. Ini Kejam!

Sungguh tragis… tak dapat bayangkan macam mana perasaan seorang ibu, Farah Madiha Othman, 28 yang berada di tempat kerja terus bergegas pulang apabila tahu berita kehilangan anaknya.

Semalam tular pengasuh menyatakan bayi lelaki itu kena culik dengan lelaki tak dikenali tetapi ditemui sudah meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak.

Ditemui Di Dalam Peti Rumah Pengasuh

Mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi dan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

Apa yang cukup menyedihkan, mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau. Sebijak mana pengasuh itu cuba menipu, namun mayat Adam Rayqal ini akhirnya ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.

Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan.

Pengasuh Disiasat!

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.

Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Petang semalam, selepas tahu anak kecil ini yang konon dilarikan orang tak dikenali, bapa bayi itu, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, siap memuat naik gambar Adam di laman sosial miliknya meminta orang awam membantu mengesan anaknya itu.

Takziah kepada keluarga mangsa dan semoga kes ini menjadi pengajaran untuk mak ayah lebih berhati-hati dengan pengasuh yang menjaga anak-anak.

AL-FATIHAH.

Sumber : Mingguan Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *