Pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen pada awalnya tidak pernah menyangka tujuan membuka akaun Instagram untuk kucing kesayangan mereka itu mampu mengutip sejuta pengikut.

Kucing dari baka British Short Hair berasal dari Russia itu diberi nama Bujibu Chempel itu sering menghiburkan pengikutnya di Instagram dengan mimik wajah bersahaja.

Menurut Hanis yang telah membela Bujibu sejak tiga tahun lalu, dia memuat naik gambar-gambar kucing peliharaannya itu sebagai satu perkongsian memori kepada peminat kucing.

“Tak fikir langsung Bujibu akan diminati sehingga mencatatkan sejuta pengikut di Instagram. Masa awal-awal saya dan Hairul buka akaun laman sosial tu sekadar nak berkongsi sahaja.

“Saya memang tertarik dengan wajah Bujibu dan keletah dia tu buat kami sekeluarga rasa tenang dan gembira. Malah, tak dinafikan juga ramai yang tengok video Bujibu sebab nak kurangkan tekanan.

“Saya dan Hairul memang pencinta kucing dan waktu sebelum Yusuf Iskandar lahir lagi kami dah bela Bujibu. Dia dah jadi sebahagian daripada keluarga kami,” ujarnya kepada Utusan Online.

Comel betul Bujibu Gaduh dengan yusuf Iskandar

Sumber: beritasteady

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *