Pelakon, pengacara, model, dan usahawan wanita, Nur Amira Filzah Binti Badioezaman atau lebih mesra dipanggil sebagai Mira Filzah merupakan selebriti yang sangat cantik dan memiliki aura yang luar biasa. Sesiapa sahaja yang mendekati Mira Filzah pasti hatinya terasa tenang dan terhibur. Apa tidaknya lihat sahaja senyuman manis Mira Filzah pasti sedap mata memandang.

Terbaru, team Mira Legacy ada berkongsi satu video Mira Filzah sedang menari ‘Lavida Raya’ ketika mereka mengadakan sambutan raya bersama dengan Mira Filzah di laman Instagram rasmi Mira Legacy. Siapa sangka disebalik wajah Mira Filzah yang ayu dan anggun, rupa-rupanya dia suka menari.

Video tersebut telah dimuatnaik beserta dengan kapsyen “Syoknya Raya Bersama Mira Filzah..“.

Rata-rata netizen berasa terhibur hati melihat video Mira Filzah menyahut cabaran ‘Lavida Raya’. Netizen turut memuji Mira Filzah sangat comel ketika menari.

Comelnya Mira

Sepuluh kali tengok video ni

Mira Filzah happy masa menari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *