Dua orang pemuda kreatif membina pondok kecil dan kolam renang dengan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi, mari kita lihat bagaimana mereka melakukannya!

Pada mulanya, mereka membina sebuah pondok kecil. Kemudian mereka menggali tanah di sekitar pondok tersebut dengan hanya menggunakan batang kayu tanpa alat-alat bantuan lain. Pondok kecil tersebut berada di tengah-tengah kolam renang mereka itu.

Setelah kerja menggali selesai, mereka mengumpul lumpur untuk dijadikan sebagai bata. Mereka membentuk lumpur yang dikumpul menggunakan kayu menjadikannya seperti bentuk bata dan kemudian membakar bata lumpur tersebut.

Mereka menyusun bata lumpur tersebut di kesemua bahagian kolam renang mereka supaya air tidak diserap oleh tanah.

Sebelum mereka mengisi air ke dalam kolam renang mereka yang sudah siap, mereka juga membuat jambatan kecil dan meletakkan rumput di sekitar pondok kecil mereka itu supaya kelihatan cantik.

Setelah air sudah diisi penuh di dalam kolam, mereka segera terjun untuk menikmati kolam renang ciptaan mereka.

Sumber : Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *