Pasti ramai yang mengenali dengan Adam Corrie iaitu seorang pelakon yang menjadi viral kerana penghijrahannya. Namun apa yang menjadi tumpuan pada kali ini, setelah 10 tahun akhirnya isteri kepada pelakon ini mengandung, Fazema Mohd Fuad.

InsyaAllah .. baby Lee adalah baby boy 👶🏻 . Doakan #babyLeesihat dlm kandungan mak @puan_fazi_fuaddan lahir cukup bulan nanti 😊. Doakan juga Baby Lee akan menjadi penyambung dakwah Rasulullah SAW kelak. .
#adamcorrie #anakCinaMelayu .
Siapa sangka umur kita dh 50tahun, bidadari sy 40 tahun .. syukur baru dpt zuriat pertama. Semuanya kehendak Dan dgn izinNya. Usaha, Doa dan Tawakal pada Allah

Nama penuh? Nanti la.. belum lahir lagi.. murabi sy sarankan umum pd hari ke 7 selepas dilahirkan.

Dalam keseronokan menunggu kelahiran anak pertamanya, baru-baru ini Adam berkongsi tentang perkembangan isterinya di media sosial iaitu sedang menunggu isterinya bersalin dan terpaksa lahir tidak cukup bulan namun perkara itu tidak terjadi kerana kesihatan isterinya kini dipantau.

Terbaru pula, Adam berkongsi video dirinya sedang mengemas pelengkapan buat baby Lee yang bakal lahir ke hospital. Begitu gembira melihat telatah bahagia Adam ketika itu malah ramai netizen yang turut tumpang gembira dengan kehadiran baby Lee dalam kehidupan pasangan ini.

U are so excited abang, semoga dipermudahkan semua ye

Semoga dipermudahkan abang Adam dan pasangan

Sumber: soyalemon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *