Kasih ibu terhadap anak sejak dari rahim lagi. Begitulah yang dilakukan oleh penyanyi dan pelakon Erra Fazira yang sentiasa melayan karenah puteri sulungnya, Engku Aleesya.

Terbaru, pelakon filem Sembilu itu telah memuat naik sebuah video yang kelihatan beliau sedang melayan karenah anaknya yang berusia 9 tahun dengan ‘miming’ dan menari sebuah lagu Tamil.

Apa yang mencuit hati para pengikut penyanyi Hanya Di Mata itu apabila aksi mereka dilakukan di depan kabinet dapur rumahnya.

Assalammualaikum n pagi!!! . . Mulakan hari anda dengan senyuman 😬❤️💋

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Para pengikutnya yang tertarik dengan video mereka telah memberikan komen dengan mengatakan dua beranak ini kelihatan sangat comel dan ‘masuk air’.

Tengah susun pinggan pun jadi!

Cerianya!

Comel la dua beranak ni!

Inilah saat manis…

Harap Aleesya dapat jaga mama…

Sumber : IG Erra Fazira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *