Biasa kejadian macam ini kita selalu nampak cuma ianya berlaku di negara China. Rakyat sana buat begini sebab keadaan ekonomi mereka begitu teruk dan tiada sumber pendapatan dan salah satu cara adalah menipu dengan melibatkan diri sendiri dalam kemalangan yang dibuat buat. Tetapi dengan keadaan zaman moden sekarang banyak CCTV telah dipasang dan kebanyakkan kenderaan mempunyai CCTV sendiri yang dipanggil Dash Cam. Sekarang penyakit ini telah sampai ke Malaysia. Jom baca.

Sudahlah menyamar OKU, pura-pura kemalangan pula
Sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki dalam pertengahan umur menyamar sebagai orang kurang upaya (OKU) dan pura-pura kemalangan di SS2 di sini, tular di media sosial.

Ng Jhen Hau yang memuat naik video tersebut di Facebook, mendakwa lelaki yang menipu itu memandu di lorong bertentangan menggunakan skuter elektrik, dan cuba untuk melanggar keretanya.

“Saya sempat berhenti ketika itu, dia datang dan ‘menyentuh’ kereta saya, berdiri dan kemudian baring di atas jalan.

“Sebaik sahaja saya beritahu saya pasang kamera dashcam (sebenarnya tidak benar), dia segera bangun dan duduk di skuter elektriknya, mendakwa dia OKU,” kata Jhen Hau menerusi status yang dikongsikan di Facebook pada Rabu.

Jhen Hau menjelaskan dia berbohong mengenai kamera dashcar di dalam keretanya untuk menghentikan tindakan penipu daripada berbaring di atas jalan.

Bercakap kepada The Star, Jhen Hau telah membuat laporan polis berhubung insiden.

Status itu mendapat lebih 613,000 tontonan dan lebih 11,400 perkongsian.

Modus operandi untuk menipu menyamai insiden yang sama berlaku di China, di mana penipu akan mereka kemalangan dan seterusnya menuntut sejumlah besar pampasan daripada pemandu malang.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Salah 1 contoh apa yang terjadi di China

Sumber: kualalumpurviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *