Pasangan romantik dan kelakar Azad Jazmin dan Eira Syazira memang tidak pernah menghampakan peminat kerana ada sahaja telatah dan gelagat mereka mencuit hati netizen. Memang semua orang mengimpikan kehidupan suami isteri yang happy sebegini kan.

Memang beruntung Eira bersuamikan Pak Azad yang sering buat lawak sahaja setiap hari. Kadang kala sampai tak cukup nafas Eira nak gelak bila suaminya buat hal! Kita pun terikut sama nak gelak kan.

Memandangkan Eira ni ada menjual produknya sendiri, dalam satu video yang dimuat naik oleh Azad di Instagramnya, ketika Eira sedang membuat review, dikejutkan pula Azad dibelakangnya, Dengan Posing mautnya. mahu terkeluar anak tekak, Eira gelak.

Netizen sangat terhibur dengan gelagat usik-mengusik suami isteri ini dan tak kurang juga mereka mengharapkan kehidupan mereka juga sebahagia seperti mereka. So sweet kan.

Pengalaman Azad Jazmin Kena Hukum di India.

Setiap orang pasti mempunyai kenangan sama ada manis atau pahit terutamanya dizaman remaja. Begitu juga dengan selebriti Azad Jazmin atau nama sebenarnya Jazmin John Louis Jeffri, 37, pernah dihukum oleh bapanya sendiri dan di’buang’ ke India kerana kenakalannya ketika usia remaja.

“Dulu saya seorang yang sangat nakal di sekolah dan hampir dihantar ke sekolah pemulihan akhlak, Hendry Gurney tetapi dihalang bapa saya yang ketika itu yang mempunyai rencana lain. Pada mulanya saya diberitahu yang dia akan menghantar saya ke luar negeri.

“Pada tafsiran saya ketika itu bapa akan hantar saya ke London sebaik tamat SPM tetapi sebenarnya saya telah dicampakkan ke Madras, India selama enam bulan untuk hidup berdikari berbekalkan duit sebanyak RM 1000.

“Di sana saya lebih menghargai kehidupan yang saya pernah ada sebelumnya dan kini saya gunakannya untuk watak Rahul. Hidup di sana memang mencabar dan jauh berbeza dengan Malaysia.

“Daripada cara hidup hingga perkara yang aneh dan tak mungkin berlaku di sini akan anda lalui jika tinggal di India,” cerita Azad yang seronok berkongsi pengalaman kisah perit getir tinggal di India.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *