Konvoi motorsikal berkuasa besar memang menjadi impian kepada ramai lelaki tetapi untuk mencapai impian itu bukannya mudah kerana harga sebijik motorsikal berkuasa besar lebih mahal dari sebuah kereta. Ini belum campur kos kos lain seperti maintenance dan minyak motor.

Video Penuh Berada Di Bawah

Kalau di lebuhraya terutama pada hari minggu memang selalu kita akan nampak bikers ini menyusuri jalan dengan laju. Yela, cc besar takkan nak bawak macam bawak kriss 110cc huhu. Selalunya kita akan teruja kerana jentera berkuasa besar ini jarang kita nampak di atas jalan biasa.

Lelaki Ini Dihalang Dan Ini Komen Dia
Lain pula bagi lelaki yang merakam video tentang bikers ini. Dia memberi komen tentang bikers yang menghalang jalan raya sewaktu berkonvoi. Kerana mereka tidak konvoi dengan betul sehingga menghalang kenderaan lain untuk memotong menyebabkan lelaki ini berasa sedikit kecewa.

Tetapi apa yang bagus tentang lelaki ini dia tidak melatah atau memaki hamun tetapi dia memberi nasihat yang berguna kepada bikers bikers lain supaya jangan berkelakuan seperti konvoi yang dia rakamkan. Tabik Spring brader! Dia menunggu dengan sabar untuk memotong dan setelah berjaya memotong dia menurunkan tingkap kereta dan menegur bikers di depan sekali bahawa banyak kereta sangkut sebab mereka menghalang jalan.

Etika Berkonvoi.
Sekiranya anda ingin berkonvoi tidak kira motorsikal cc besar atau kecil. Sila perhatikan keadaan sekeliling, ini untuk keselamatan anda dan pengguna jalan raya yang lain. Setiap konvoi ada Marshall yang mengawasi semua ahli lain jadi Marshall tersebut harus pastikan konvoi berjalan dengan lancar. Lalu jalan yang sepatutnya dan jangan menghalang pengguna lain. Jangan berlumba kerana ini adalah punca punca kemalangan ketika berkonvoi.

By : KL Viral / Ee

Sumber: kualalumpurviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *