Siapa yang tidak kenal dengan Johan Raja Lawak seorang pelawak dan penyampai radio Era. Johan sering mendapat perhatian netizen kerana suka membuat lawak yang bersahaja.

Selepas Johan mendedahkan bahawa telah berkahwin dengan Ozlynn, keluarga Johan sering menjadi perhatian netizen. Rata-rata netizen bangga dengan cara johan mengajar anak-anaknya.

Beberapa jam yang lepas, Johan telah memuat naik video yang sekali lagi mendapat perhatian netizen. Video yang berdurasi 1 minit itu telah mendapat 16k tontonan dalam masa setengah jam.

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan gelagat Johan yang meniru gaya Dato’ Aliff Syukri.

Sumber: Ig Jozlynhannania Via Jamil

Amalan mulia Johan Raja Lawak yang mungkin anda sendiri tidak tahu

Khabarnya, Johan antara artis yang suka beramal.

Tak payahla ceritalah. Bukan untuk menunjuk, anggaplah dakwah Johan juga, mengajak orang lain sama beramal. Saya cuma berkongsi apa yang saya ada. Saya percaya pada keajaiban sedekah. Lagi banyak yang kita beri, lagi banyak yang diperolehi. Saya pernah menerima infak dan apabila saya mampu untuk menginfak, mengapa tidak giliran saya pula? Saya umpama pokok yang berada di puncak, sesekali saya perlu kembali ke akar untuk terus menyuburkannya. Selalunya, pada hari Jumaat petang saya akan membawa isteri dan anak-anak mencari rumah anak-anak yatim dari pelusuk negeri. Kadang-kadang, ada rumah anak yatim yang jauh terperusuk itu sangat daif berbanding yang ada di ibu kota.

Anak-anak saya, saya biasakan bersama anak-anak yatim ini supaya mereka sedar diri. Saya kata kepada anakanak saya, setiap mereka saya akan hanya berikan sebuah rumah. Kalau mahu harta yang lain, sila cari sendiri. Saya pernah susah dan saya mahu mereka juga berdikari.

Pernah saya marah mereka makan tak habis. Saya kata, “Papa dulu nak makan ayam seminggu sekali pun belum tentu, kamu yang dah hari-hari makan sedap, nak habiskan pun payah.”

Setahu saya, Johan memang suka beramal dengan kanak-kanak, sampaikan pernah mengadakan majlis meraikan kanak-kanak berhabis ratusan ribu. Kenapa?

(Enggan ulas mulanya). Setiap kali saya menggembirakan kanak-kanak, saya selalu cakap kepada mereka, “Papa (panggilan anak-anak yatim kepada Johan) tak minta apa-apa, cuma Papa minta doakan Papa saja.” Kanak-kanak ini suci bersih, tak ada dosa. Setiap doa mereka diangkat terus ke langit tanpa hijab.

Sumber : Intrend:Astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *