Selalunya bila pagar depan dah tak ada mesti susah juga nak nyanyi dan sebut butir perkataan dengan betul, tetapi inilah yang dikatakan kurniaan dari Allah tidak mengira siapakah anda, rupa, pangkat dan darjat.

Memang merdu sungguh suara Achik ni sebijik dan saling tak tumpah macam suara penyanyi asalnya, pasti menang kalau masuk bertanding program Kilauan Emas musim terbaru. Bolehlah pasang gigi palsu lepas menang dan guna polident.

Rakaman ini mungkin diambil semasa majlis persiapan kenduri yang dibuat di kampung di mana sememangnya meriah & dibantu secara gotong-royong. Sekarang ni mana nak ada dah, kebanyakkannya semua guna katering jer, sebab senang lepas kenduri boleh terus rehat, tak perlu susah payah nak basuh periuk belanga bagai.

Setelah penat bekerja pastinya perlukan hiburan untuk memeriahkan lagi suasana dan tanpa segan silu primadona kampung ini telah tampil untuk menyanyi. Pada mulanya ingat Achik ni nak nyanyi lagu tradisional lama ke atau lagu melayu biasa.

Dengan santai dan bersahaja, siapa sangka dia telah menyanyikan lagu hindustan yang sememangnya menjadi kegilaan ramai suatu masa dahulu. Memang sangat merdu nyanyian yang disampaikan dan lagu tersebut pula pernah jadi lagu favourite hindustan dan telah membuatkan semua para hadirin terpukau dan gembira di majlis tersebut.

Jom saksikan video di bawah ini jika nak tahu merdu atau tidak suara makcik ni. Jangan lupa like, share, comment & subscribe untuk anda tidak ketinggalan video2 yang menarik selanjutnya ya…

Sumber: infordunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *