Fasih Bahasa Tamil, Anak Azad Jazmin Curi Perhatian

ANAK kepada pelakon Azad Jasmin iaitu Ammara Sofea Rose mencuri perhatian ramai selepas gelagatnya bertutur dalam bahasa Tamil menjadi tular di media sosial.

Difahamkan video berkenaan telah dirakam ketika anak beranak itu sedang mempromosi sebuah program bual bicara hiburan popular siaran Astro Ria iaitu MeleTOP.

Ammara yang dilihat begitu bersahaja dan sekepala dengan bapanya ternyata mencuit sekali gus menghiburkan hati orang ramai yang menyaksikan video berkenaan.

Rata-rata netizen memuji dan tidak menyangka anak sulung Azad pandai dan fasih berbahasa Tamil tanpa kelihatan kekok langsung ketika menuturkan bahasa tersebut.

Lebih mengejutkan lagi, video yang tular itubukan sahaja menarik perhatian netizen tempatan malah golongan selebriti turut terhibur dengan aksi selamba dipamerkan Azad dan anaknya itu. Antaranya pelakon, Izara Aishah.

Izzara memetik satu entri menerusi akaun instagram miliknya pada Rabu dilihat berkongsi video berkenaan dengan kapsyen;

“Terkejut Abang Azad anak dia pun sambut lagutu 😂Ammaraaaa Cek ni laaaa, you remind me of myself masa kecil, kakak love you baby girl 💋. (Azad speaks fluent Tamil btw, bukan dibuat buat) @azadsyazirarose @eirasyaziraofficial ♥.”

Azad dan isteri, Iera Syazira telah berkahwin pada September 2011. Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Amarra Sofea Rose, 6, Ameisya Leanne Rose, 1, dan Areisya Suri Rose, 3 bulan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *