Semenjak hamil, pelakon Mia Ahmad yang sudah lama tidak muncul di dalam kaca televisyen. Kandungan Mia yang kini sudah pun mencecah usia lebih kurang lima bulan itu merupakan kandungan keduanya selepa mengalami keguguran pada awal tahun lalu.

Meskipun sedang sarat, pelakon Mr Bos, Miss Stalker itu dilihat seperti menikmati setiap detik pengalaman mengandung beliau kerana kerap berkongsi gambar baby bump di Instagramnya.

Walaupun pipinya kelihatan tembam kerana kenaikan berat badan, itu tidak dapat menghalang Mia daripada tetap kelihatan menawan meskipun tengah sarat mengandung.

Terbaru, gambar Mia yang dikongsikan olehnya di Instagram telah mendapat perhatian pengikut yang berasa kagum melihat kebolehan Mia menjaga penampilannya untuk sentiasa kelihatan cantik seperti selalu.

“Extremely well made! colour and fabric are just gorgeous too! Thank you @ianshamkl @iansham for the outfit! Love love love.

Scarve : @mumuscarves,” tulisnya di Instagram.

Dalam masa beberapa minit sahaja, ruangan komen pada gambar itu telah dibanjirioleh komen-komen yang ditinggalkan oleh para pengikutnya yang memuji penampilan pelakon berusia 30 tahun itu yang tidak kelihatan seperti sedang mengandung.

My mantra every day: “I want a V-shaped face” 😭😭😭

Tak nampak macam mengandung pun

Tembamnya!

Cantiknya!

Hati-hati pakai kasut tinggi tu

Mesti rasa membengkak je kan?

Sumber : OhMyMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *