APA sahaja genre lagu yang dialunkan Mohamad Aqmal Daniel Hashim, 16, menerusi gesekan biolanya, pasti membuat penonton terpukau dengan gaya bersahaja dan bakat dimiliki anak jati Johor Bahru itu.

Anak tunggal kepada pasangan Hashim Abu yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat di Singapura dan bekas guru, Monahriyanti Mohd Yusof, 36, telah mula belajar bermain biola sejak berusia 7 tahun.

Malah bakat pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Utara Johor Bahru ini terus bergemerlapan apabila mula dipanggil untuk mengadakan persembahan di hotel sekitar bandar raya ini termasuk di Kuala Lumpur sejak berusia 10 tahun.

Menurut Hashim dia dan isteri sepakat untuk menghantar satusatunya cahaya mata yang lebih mesra dipanggil Danny itu ke kelas sejak berada di tahun satu kerana mahu mendisiplinkan anak tunggal mereka melalui muzik.

Beliau mengakui pada awalnya Danny seakan terpaksa kerana perlu melalui jadual yang agak ketat. Namun atas galakan itu Danny kini mampu tersenyum bangga apabila pada usia muda dia mampu meraih pendapatan sehingga lima angka.

“Saya dan isteri sepakat mahu mendisiplinkan Danny melalui muzik dan memilih biola sebagai instrumen untuknya belajar secara khusus kerana biola disifatkan sebagai ‘raja muzik’. Alhamdulillah bakatnya mula bersinar bukan sahaja dalam bidang ini malah cabang seni yang lain termasuk tarian,” katanya.

Danny pernah menyertai pertandingan anjuran sebuah stesen

tv berbayar bersama kumpulan tariannya iaitu Gemersik Tari yang dinobatkan sebagai Juara Superstar Astro Ceria pada tahun 2012.

Bagaimanapun pelajaran tidak pernah diketepikan, buktinya

Danny memperoleh keputusan 5A bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) malah mendapat keputusan cemerlang dalam ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 tahun lalu.

Bakat Danny amat menyerlah sebagai pemain biola yang kini sedang giat berlatih untuk melayakkannya berada dalam Grade 8 namun masih terus menerima jemputan pelbagai pihak untuk mengadakan persembahan.

Di sebalik lagu malar hijau Tanjung Puteri

Alunan melodi indah lagu tradisional Melayu Johor, Tanjung Puteri turut mengangkat nama Danny sebagai pemain biola yang semakin meningkat naik walaupun masih remaja.

Meskipun meminati genre rock selain gayanya yang kelihatan moden, namun jiwa pada irama tradisional itu tetap menebal. Malah kebanyakan undangan persembahan diterima mahukan Danny menggesek biolanya dengan lagu tradisi Johor itu

“Tidak dinafikan, sebagai remaja saya meminati muzik moden

namun lagu Tanjung Puteri antara yang sering diminta oleh penganjur. Memang benar apabila memainkan lagu ini ia sungguh indah dan secara tidak memudahkan saya untuk menjiwainya.

“Lagu ini diajar oleh guru muzik saya dan saya sering memainkan lagu ini dalam persembahan melibatkan

golongan kenamaan dan majlis rasmi anjuran kerajaan dan

korporat,” katanya.

Menurut Danny, usahanya memainkan lagu lama seperti Tanjung Puteri itu untuk memastikan ia sentiasa segar dan tidak tenggelam dalam arus moden malah salah satu cara buat generasi muda sepertinya memelihara kesenian lama

dari Johor.

Menceritakan perancangan masa depan, Danny memaklumkan

dia ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik di Singapura. Sudah tentu peluang keemasan itu tidak akan ditolak namun menunggu waktu yang sesuai.

Sumber : gpsbestari.com / FB Roti Kaya / jombaca.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *