Usahawan dan personaliti popular Nur Sajat nampaknya mengambil pendekatan untuk mendekatkan diri dengan agama. Menurut pemilik syarikat produk kosmetik dan kecantikan, NUR SAJAT AESTHETIC SDN BHD ini, impiannya mengadakan kelas mengaji dan taskirah dirumah telah tercapai.

Cerita semalam…#Repost @aliffsyukriterlajaklaris ・・・ impian buat surau di rumah akhirya banyak kegunaan…sbb kami nak belajar mengaji sbb kami x pandai……..tapi cari ilmu tu lebih penting kan sbb niat yg baik Insya Allah Allah permudahkan…jgn kita hina orang yg cari ilmu ya sbb suatu masa Insya Allah dia lebih baik dari kita semua…Amal kita Allah yg berhak nilai……. . . terima kasih Ustaz Syukri dr masjid negara sudi ajar dan terima kami walaupun kami byk melemahan… dan banyak kekurangan tapi Insya Allah kami berusaha utk jadi yg lebih baik… terima juga kepada smua jiran, kawan2 dan @nursajat02 krn sama2 kita mencari ilmu akhirat.. siapa nak join class mengaji dan taskirah mcm ni plz komen ..nakk.. kalau ramai yg komen nak inyallah sy akan buat secara lebih ramai..

A post shared by NUR SAJAT 02 (@nursajat02) on

“Impian buat surau di rumah akhirya banyak kegunaan, sebab kami nak belajar mengaji sebab kami tak pandai, tapi cari ilmu itu lebih penting kan sebab niat yang baik Insya Allah Allah permudahkan.”

“Jangan kita hina orang yang cari ilmu ya sebab suatu masa Insya Allah dia lebih baik dari kita semua. Amal kita Allah yang berhak nilai.” tulisnya di Instagram.

Dikendalikan oleh Ustaz Dari Masjid Negara
Menerusi sebuah video yang dimuatnaik oleh Nur Sajat semalam, ternyata Nur Sajat dan beberapa orang temannya termasuk usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya telah meramaikan majlis ilmu ini yang dikendalikan oleh Ustaz Syukri dari Masjid Negara.

“Terima kasih Ustaz Syukri dari Masjid Negara sudi ajar dan terima kami walaupun kami banyak kelemahan… dan banyak kekurangan tapi Insya Allah kami berusaha untuk jadi yang lebih baik. Terima juga kepada semua jiran, kawan-kawan dan @nursajat02 kerana sama-sama kita mencari ilmu akhirat,” ujarnya.

Hasrat Hati Mahu Buka Kelas Mengaji
Nur Sajat juga mengajak peminat-peminatnya di Instagram untuk bersama-sama menyertai kelas mengaji ini yang bakal diadakan lagi jika cadangannya ini mendapat permintaan yang tinggi.

“Siapa nak join class mengaji dan taskirah macam ni plz komen ..nakk.. kalau ramai yang komen nak insyallah saya akan buat secara lebih ramai,”- katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *