Peranan ibu bapa cukup penting dalam mencorak masa depan anak-anak malah mereka juga perlu konsisten dalam memastikan contoh yang baik diterapkan secara berterusan supaya anak-anak mereka dapat mencontohi perkara baik yang dilakukan oleh ibu bapa mereka.

Begitulah apa yang dilakukan oleh penyanyi terkenal Faizal Tahir yang menunjukkan cara bersolat kepada anak bongsunya, Khalid Al-Walid. Menerusi Instagram beliau, Faizal Tahir telah berkongsi video bagaimana beliau memujuk anaknya itu untuk menunaikan rukun Islam kedua itu.

Don’t tell them. Show them.

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir) on

Video itu telah mendapat perhatian pengikutnya di Instagram. Ramai yang memuji cara penyanyi Gemuruh itu mendidik anak sejak dari kecil lagi malah ada juga di antara mendoakan agar anak bongsunya itu menjadi anak yang soleh apabila sudah dewasa kelak.

Sumber : Faizal Tahir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *