PELAKON Fasha Sandha dan Aidil Aziz masih berteka teki tentang arah tuju hubungan mereka berdua.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha binti Hassan bagaimanapun menegaskan statusnya kini single but not available.

“Masih terlalu awal untuk kami nak buka banyak perkara kerana kami hanya go with the flow.

“Lain orang lain caranya,kami berkawan dahulu dan kenal kedua belah keluarga dahulu,” kata Fasha kepada mStar Online.

Fasha dan Aidil ditemui ketika hadir pada majlis pernikahan Datuk A. Aida dan Ariff Aziz di Hotel Dorsett Grand di sini, pada malam Sabtu.

Gosip kononnya Aidil dan Fasha menjalinkan hubungan ‘istimewa’ mula hangat diperkatakan selepas mereka sering dilihat bersama kebelakangan ini.

Sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *