Baru saja habis membuat konsert khas untuk peminat, penyanyi Siti Sarah sekali lagi mempamerkan kelantangan suaranya di laman media sosial khas buat peminatnya.

Penyanyi berusia 33 tahun itu turut menulis kapsyen pada posting tersebut dimana beliau bersyukur kerana lagu terbaru nyanyian beliau yang berjudul Semakin mendapat sambutan hangat dalam kalangan pencinta muzik tanah air.

Malah, isteri kepada Shuib Sepahtu itu juga berharap serta berdoa agar lagu tersebut dapat melangkah masuk ke pusingan akhir program Muzik-Muzik di TV3.

“Assalamualaikum, dengan rasa rendah hati, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang vote #semakin mengejutkan kerana minggu ni dari no 8 naik 7 anak tangga minggu ni jadi juara pulak.

Subahannallah thank you @hearty.sarah @shuibsepahtu @indigitalmusic moga kali ini ada rezeki ke final insyaallah .. #semakin #thankyou,”

Orang ramai telah memuji cara nyanyian penyanyi yang mencipta nama menerusi lagu Kesetiaan ini dengan mengatakan walaupun hanya duduk di dalam kereta sahaja, beliau dapat menyanyi dengan penuh penghayataan.

Bukan itu sahaja, ada juga yang membandingkan Sarah dengan penyanyi lain terutama mereka yang tidak boleh menyanyi secara live.

Dalam kereta pun sedap!

Barula penyanyi!

Sedap gila suara!

Meremang bulu roma

Sumber : Siti Sarah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *