Semalam adalah tarikh yang mana antara event gathering RXZ yang mana mengumpulkan pemilik pemilik Yamaha RX-Z yang kini menjadi ikon dan popular di Malaysia berikutan dengan jentera tersebut yang sering viral kerana harganya yang meningkat sehingga tidak masuk akal akibat dari populariti jentera tersebut yang kerap kali digunakan oleh media dan filem tempatan didalam konten mereka.

Meskipun gathering tersebut alah untuk pemilik RXZ , Namun ramai juga yang datang dengan jentera mereka yang lain. dilihat begitu ramai pemilik motosikal yang datang ke event tersebut dan berkonvoi dari jauh di seluruh Malaysia untuk berkumpul di event tersebut . Namun viral di laman sosial apabila video seorang daripada peserta event tersebut telah mengalami kemalangan dengan motosikal yang berjenama Kawasaki KRR150.

Kemalangan tersebut dikatakan berlaku kerana pada awalnya apabila motosikal tersebut mencapai tahap kelajuan yang tertentu, dilihat kepak jentera tersebut hampir terbang menyebabkan pemilik motosikal tersebut cuba untuk memegang kepak motosikal tersebut dan mengalami kemalangan .

Jentera KRR150 tersebut turut dilihat menggunakan Fairing dari Kawasaki KRR150 2013 yang merupakan model terakhir edisi KRR150 yang tidak dilancarkan di Malaysia dan dilancarkan di Indonesia sahaja selama 2 tahun iaitu 2013 – 2015 dan juga ditamatkan produksinya.

Menurut pengguna fairing tersebut , ianya sememangnya fairing yang tidak stabil pada kelajuan tinggi memandangkan ianya akan menyebabkan kepak motosikal tersebut melayang dan tercabut akibat dari rintangan angin dari kelajuan yang tinggi. Namun ramai yang telah mengalami situasi ini menggunakan braket baru untuk mengekalkan fairing tersebut pada body motosikal tersebut.

Sumber : Aliyyu Saiful Bahri Liyu
Kredit : Alert TV Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *