Selepas drama Nur lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli mencipta fenomena luar biasa pada bulan Ramadan lalu, kini penonton melekat depan televisyen bagi menyaksikan drama Jangan Benci Cintaku yang ditayangkan di slot Akasia TV3.

Drama bersiaran sebanyak 28 episod arahan Pali Yahya itu menjadi bualan hangat penonton apabila Husna lakonan Niena Baharun dikatakan cuba merampas Shahrizal Saharul Ridzwan yang juga merupakan suami kepada Rafeeqa Zahirah MacWilson.

Jangan Benci Cintaku

Namun ketika penonton memberi fokus kepada watak utama dan jalan cerita yang penuh menyakitkan hati itu, terdapat seorang pelakon wanita yang turut menjayakan drama tersebut iaitu Amelia Henderson.

Amelia yang membawa watak sebagai Damia mendapat pujian ramai bukan hanya kerana memiliki wajah cantik, malah sikap penyayang sebagai seorang kawan kepada Rafeeqa.

Antara komen peminat drama Jangan Benci Cintaku di laman Twitter mengenai lakonan Amelia.

Namun ada juga sesetengah netizen mengakui, mereka menonton drama terbitan Suhan Movies itu kerana sekadar ingin menonton lakonan gadis berusia 23 tahun itu. Orang cantik memang la ramai suka tengok kan.

Amelia atau nama Islamnya Putri Noor Amelia Thripura Henderson Abdullah sah bergelar isteri kepada Tunku Harrunnarrassheed Putra iaitu anak saudara kepada Sultan Kedah pada 14 Ogos 2015.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: OhMyMedia VIA JMD FAMILIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *