Sejak putus hubungan cinta dengan pelakon Zahirah MacWilson beberapa bulan lalu, mesti ramai yang bertanya mengenai pelakon Zul Ariffin, ada ke orang baru bertakhta di hatinya? Biasalah, dia kan antara yang menjadi kegilaan lebih-lebih lagi bagi kaum wanita.

Tetapi kalau korang perasaan baru-baru ini, pelakon Zul Ariffin sering meluangkan masa bercuti di Thailand serta turut menjalani latihan seni mempertahankan diri yang diminati ramai iaitu Muay Thai.

Terbaru, ada desas desus mengatakan pelakon drama Ti Amo, Sweetheart 100 Hari itu sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis cantik dan seksi yang berasal dari Ukraine.

Gadis yang memiliki nama Tanya Glembotska turut memuat naik beberapa posting bersama seorang lelaki yang kelihatan mirip seperti Zul di laman Instagram miliknya.

Selain itu, terdapat juga satu InstaStory yang dikongsi di laman Instagram masing-masing menunjukkan mereka berdua berada di lokasi yang sama.

Sama ke idok?

Tangan siapa tu?

Tengok dari belakang macam…

Wow kalau betul la tu abam Zul, boleh tahan ‘taste’ dia ni. Tahap antarabangsa punya gadis! Peminat semua kasi ‘steady’ kejap, kot-kot artis kesayangan korang ni nak bagi kenyataan lain.

Sumber : Zul Ariffin , Tanya Glembotska

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *