31 Julai 2018, malam tadi kita dikejutkan dengan bunyi guruh yang amat menakutkan. Peristiwa tersebut bermula pada pukul 7.18 malam lagi, kemudiannya disusuli petir yang amat kuat.

Tular di media sosial, netizen meluahkan rasa ketakutan dan terkejut dengan apa yang berlaku. Bunyi guruh yang amat kuat berlangsung kira kia 20 minit sebelum disambung dengan petir. Fenomena itu juga sebelumnya menunjukkan awan gelap di negeri pantai timur, sebelum berlakunya guruh dan petir di ibu kota. Netizen sekitar negeri pantai timur juga melaporkan hal yang sama, walaubagaimanapun tiada bunyi guruh mahupun petir.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, pihak mereka telah mengeluarkan amaran awal bagi negeri-negeri semenanjung Malaysia, berkenaan dengan amaran ribu petir. Ia juga diramal melanda di negeri sabah dan sarawak.

Walaubagaimanapun, punca kejadian sebenar petir masih lagi dalam pemerhatian semasa. Banyak spekulasi telah timbul, ada yang mengatakan pihak barat telah menguji senjata nuklear yang dipanggil HAARP, iaitu sejenis senjata yang mampu memanipulasi cuaca dan suhu sesuatu tempat.

Kesahihan perkara ini masih lagi diragui, samada ianya ekperimen dari barat ataupun amaran dariNya.

Ekoran masalah sosial semasa yang semakin meruncing dalam kalangan rakyat malaysia, dengan isu-isu LGBT, maksiat yang berleluasa, boleh jadi petanda amarahNya.

Disini dilampirkan bersama posting-posting netizen dengan kejadian petir dan guruh yang berlaku. Semoga kita mengambil iktibar daripada peristiwa ini.

Bagi yang beragama islam, ramai yang percaya bahawa ianya peringatan daripada Allah s.w.t. terhadap umat akhir zaman sebagaimana firman-firman Allah s.w.t. dalam surah Ar Rad. Ini ialah doa bagi melindungi dari sebarang bencana dan marabahaya ketika bencana alam seperti petir berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *