Tak ramai yang percaya dengan kehadiran makhluk halus, namun bagi yang mempercayai dan pernah melihatnya, ia pasti pengalaman yang menyeramkan.

Gangguan makhluk ini tak kira dimana-mana. Luar mahupun di dalam rumah. Antara faktor mereka mendiami kawasan itu adalah seperti:

A) Berpunca Daripada Jin

    • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
    • Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
    • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
    • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti
    • membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
    • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
    • Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.

B) Berpunca Daripada Manusia

  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
  • Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang berhasad dengki.

Perkongsian gadis ini berkongsi pengalaman berhadapan dengan makhluk halus yang dikira ‘menceroboh’ bilik tidurnya. Benarkah jin atau makhluk ini suka akan wanita yang berpakaian seksi?

Sumber: Twitter, Darul Nusrah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *