Cinta Agung

Syurga. Moga Allah tempatkan arwah dikalangan orang beriman. Aamiin
_
Moga kita mendapat pasangan yang cinta kita ikhlas keranaNya. Aamiin
_
Al Fatihah

Sucinya cinta seorang pemuda nikahi isterinya yang sedang bertarung nyawa akibat kanser.Bagaimanapun saat bahagia Azam dan suri hatinya hanya seketika.Fatin Nursyahirah Dijemput Illahi sehari selepas diijabkabul.

Fatin derita kanser.

Bagaimanapun saat bahagia mereka itu hanya seketika, sehari kemudian si isteri, tercinta Fatin Nur Syahirah dijemput pencipta.

Ikuti tulisan abang kepada Fatin, Yusri Yusof menerusi posting di Facebooknya

*إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ*

Hari ini, adik perempuan, Fatin Nur Syahirah telah pulang menyahut panggilan Ilahi yang ternyata lebih sayang kepada arwah Syahirah atau dalam keluarga kami lebih mesra dipanggil kakak.

Dia anak perempuan pertama dan adik beradik keempat dari lima beradik.

For most, people will say she lost her battle with cancer.

Tapi ini bukan sebarang kanser, ini mesenchymal chondrosarcoma, sejenis kanser yg rare, menyerang soft tissue dan cartilage.

Tumor yg sgt agresif dan tiada belas kasihan untuk tubuh seorang gadis yang baru berumur awal 20-an.

Tapi bagi kami kakak won her battle with this cancer. Sejauh mana pun agresif kanser ini tapi dia tak pernah give up.

Tak pernah menyerah kalah. Kakak sangat kuat dan tak pernah merungut. Dua major surgery September 2017 dan Februari 2018 dgn bukaan lebih panjang dari C-section.

Kakak terus berjuang melawan mesenchymal chondrosarcoma, dan pada masa yg sama tetap positif dan jarang sekali mengalirkan air mata.

Kakak kuat sebab dia cinta Allah dan Rasul, kakak kuat sebab kami sekeluarga cintakan kakak.

Tapi kakak lebih kuat sebab ada cinta dari anak muda bernama Azam

JITRA – Tapak Pesta Pulau Pinang pada 2013 menjadi saksi titik perkenalan antara Fatin Nursyahirah Yusuf, 24 dan Mohamad Saiful Azzam Mohmed, 25.

Ketika itu, Azzam yang berniaga di pesta itu, tertarik dengan Fatin Nursyahirah dan mengambil keputusan untuk menghadiahkanya sebatang ais krim, sebelum perkenalan itu bersambung semula apabila mereka bertemu di media sosial pada 2015.

Setelah menyemai bibit-bibit percintaan selama hampir dua tahun, Azzam yang kini bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu negara dan Fatin Nursyahirah, yang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (MU) dalam bidang Sains (Geografi), mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan pada 18 Ogos ini.

Bagaimanapun, langit tak selalu cerah, mendung bukan selamanya, Fatin Nursyahirah, anak keempat dari lima beradik itu disahkan menghidap kanser tisu tahap empat ketika umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan, tahun lalu.

“Selama ini saya tidak ambil kisah sangat pasal kanser, tapi apabila ia kena kepada adik saya sendiri, ia memang sesuatu yang merentap hati dan jiwa kami sekeluarga,” kata Shukur Yusuf, 30, abang kepada Fatin Nursyahirah, ketika ditemui di rumahnya di Taman Mahsuri, di sini hari ini.

Shukur menceritakan bahawa Azzam, bagaimanapun, tidak bertindak meninggalkan adiknya apabila mendapat tahu berita tersebut, sebaliknya amat yakin Fatin Nursyahirah akan sembuh semula malah mereka mengikat tali pertunangan pada 17 Jun lalu, iaitu pada Hari Raya ketiga.

Kesihatan Fatin Nursyahirah, kata Shukur, walaupun setelah menjalani beberapa kali pembedahan pada Sepember 2017 dan Februari tahun ini, semakin merosot sehinggalah pada penghujung Julai lalu di mana adiknya lumpuh dari paras pinggang hingga ke bawah.

“Azzam begitu ikhlas mahu memperisterikan Fatin Nursyahirah dan disebabkan itu kedua-dua belah pihak keluarga setuju mempercepatkan pernikahan mereka dan ia juga dipersetujui adik saya sendiri sebelum mereka dinikahkan pada 11 pagi, Jumaat lalu,” katanya.

Pernikahan mereka begitu ringkas, hanya dihadiri ahli keluarga terdekat, tiada baju pengantin, malah ketika Azzam melafazkan akad nikah, Fatin Nursyahirah hanya mampu terbaring di atas katil, sebelum dia dimasukkan ke Hospital Jitra petang itu untuk menjalani rawatan akibat sesak nafas.

Bagaimanapun, dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas pernikahannya, Fatin Nursyahiraq menghembuskan nafas terakhirnya pada 5.20 pagi, Sabtu lalu di Hospital Jitra, di sisi suaminya, ayah dan ibunya serta Shukur sendiri.

Kisah menyayat hati dikongsikan Shukur mengenai perjalanan hidup Fatin Nursyahirah selepas disahkan menghidap kanser yang tular di media sosial Facebook itu, sehingga kini telah mendapat 61,000 tanda suka, 16, 000 komen dan 32,000 perkongsian.

Shukor berkata beliau amat merasa terharu dengan kesungguhan Azzam serta keluarga Azzam sendiri yang tidak pernah jemu-jemu datang melawat, memberikan sokongan malah turut mencari ikhtiar bagi menyembuhkan penyakit yang dihidap adiknya itu.

Beliau turut meminta maaf bagi pihak arwah adiknya sekiranya ada apa-apa perkara yang pernah menyakitkan hati dan mengguris perasaan yang dilakukan arwah kepada sesiapa sahaja dan memohon doa agar roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT.

sumber sinar harian via ig herlizahelmi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *