Industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan berita pemergian pelakon Nizem Ayom yang telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.55 pagi semalam di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Arwah yang merupakan seorang pelakon yang membintangi watak sebagai Inspektor Nizam dalam drama Gerak Khas telah meninggal dunia akibat masalah buah pinggang yang dihidapinya.

Meskipun kurang dikenali di dalam industri berbanding dengan rakan-rakan selebriti yang lain, namun pemergian Nizem hari ini telah dirasai oleh seluruh warga seni tanah air.

Selamat hari raya.. maaf zahir batin… miss all of u and ss

A post shared by Nizen Ayob (@nizenayob) on

Berbeza dengan rakan-rakan artis yang lain, arwah dilihat paling jarang sekali berkongsi tentang kehidupan peribadi apatah lagi memuat naik foto dan video beliau di media sosial.

Namun, video yang telah dimuat naik oleh arwah semasa hayat beliau pada bulan April yang lalu dilihat seseolah arwah sudah dapat merasai pemergiannya pada suatu hari nanti. Reaksi wajah arwah yang memandang muka ahli keluarganya yang lain di sebuah restoran, terutamanya ibunya cukup membuat ramai yang terkesan.

makan beramai ramai… ilovemy family

A post shared by Nizen Ayob (@nizenayob) on

Sumber: FB OhMyMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *