Nama Nurul Shamsul mula dikenali rakyat Malaysia apabila dia mendapat tempat ke-5 dalam pertandingan Miss Universe New Zealand 2018 baru-baru ini. Nurul mula mendapat perhatian apabila dia satu-satunya peserta yang mengenakan imej bertudung. Tapi siapakah sebenarnya wanita anggun kelahiran Malaysia ini? Ini antara info menarik yang mungkin anda ingin tahu. Tahniah Nurul!

Ingin ubah persepsi dunia mengenai wanita berhijab

Salah satu objektif utama Nurul menyertai pertandingan ini adalah kerana dia ingin mengubah persepsi serta sifat stereotaip orang ramai mengenai wanita muslim di New Zealand. Nurul juga mendedahkan bahawa dia mengenakan imej bertudung sejak tiga tahun yang lepas dan melalui pertandingan ini, dia harap dapat membantu untuk meningkatkan lagi keyakinan diri wanita di luar sana.

Kacukan Melayu-Indonesia

Nurul bersama keluarga

Nurul bersama ibu dan neneknya

Baru berusia 21 tahun

Tahukah anda bahawa Miss Universe New Zealand ini baru sahaja berumur 21 tahun? Bayangkan dengan umur muda dia dapat melayakkan diri dan berjaya mendapat tempat ke-5 dalam pertandingan ratu cantik itu. Nurul juga merupakan seorang blogger.

Gemar berjalan-jalan makan angin

Jika anda lihat foto-foto di Instagram, ternyata Nurul mempunyai minat untuk travel terokai dunia.

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Instagram Nurul Shamsul via Oh Bulan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *