Kini kebanyakan pemilik rumah sewa seringkali memilih penyewa mereka dengan sebaiknya kerana pelbagai kejadian telah berlaku diantara pemilik dengan penyewa rumah. Kebanyakan pengalaman yang kita dengan adalah terlibat dengan penyewa lelaki yang sering merosakkan rumah sewa dan meninggalkan rumah sewa dalam keadaan yang kotor dan tidak sepatutnya apabila mereka berhenti menyewa.

Hasil dari pengalaman pengalaman ini ramai pemilik rumah sewa lebih memilih untuk menyewa rumah mereka kepada kaum wanita sahaja berikutan dengan jarang sekali didengar rumah sewa hancur dan rosak angkara penyewa wanita . Selain itu pemilik rumah sewa juga lebih memilih penyewa yang berstatus berkeluarga dan mempunyai kerja yang tetap supaya dapat memastikan sewa dibayar dengan sempurna.

Namun ternyata tanggapan sebahagian dari penyewa rumah adalah salah apabila viral sebuah video menunjukkan bahawa beberapa orang lelaki telah dihalau oleh pemilik sebuah rumah sewa . Dikatakan bahawa 3 orang lelaki telah memasuki rumah tersebut atas pelawaan penyewa wanita yang bukan mahramnya. Tuan rumah yang berang rumah sewanya dijadikan lubuk maksiat oleh penyewa rumah tersebut menghalau 3 orang lelaki tersebut sambil merakamkan kejadian tersebut.

Meskipun video tidak berapa jelas, namun masih boleh dilihat dan didengar bahawa tuan rumah tersebut amat marah dan menghalau 3 lelaki bersama dengan penyewa rumah tersebut . Sungguh tidak disangkakan bahawa penyewa perempuan tersebut bukan sahaja membawa masuk lelaki bahkan 3 orang lelaki yang jelas melakukan sesuatu yang tidak senonoh.

Netizen mengutuk tindakan penyewa wanita tersebut dan menganggap bahawa penyewa wanita tersebut mungkin memiliki suatu rahsia yang besar disebalik membawa masuk 3 orang lelaki kedalam bilik rumah sewa tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *