Belum kebah lagi kisah bayi mati dibunuh pengasuh dan mayatnya dimasukkan dalam peti sejuk, hari ini timbul pulak satu kes baru isu penderaan kanak-kanak taska yang berlaku di sekitar Melaka.

Menerusi rakaman CCTV, boleh dilihat beberapa orang kanak-kanak telah didera seperti dipukul, dicubit, ditampar dan digigit oleh seorang yang digelar teacher Ana di sebuah taska di Taman Tasek Utama.

Kejam! Menerusi Facebook Acid Acit, dirinya pernah membuat report polis berkenaan isu yang sama yang terjadi kepada anak perempuannya.

Anak aku Chenta balik lebam-lebam kat tangan. Bila aku tanye kau ckp dia tekepit pintu. Tekepit bapak kau tekepit. Aku pun da launch report masalah kau setan! Memang patut pun kau makan pelempang dan penyapu dengan mak aku dulu kau faham kan.

Ni bila aku dpt tau muka kau lagi viral dera anak ni memang aku tak boleh tahan. Kau ingat sebab kau pun lahirkan anak-anak.. Suke hati kau je nak sepak tolak bagai. Musibat kau!

Kalau dah diberi peluang pekerjaan yang baik. Tolonglah jangan perlakukan anak-anak kecil seperti ini. Kesian dorang mampu menangis je!

Berikut merupakan respon netizen selepas melihat rakaman CCTV tersebut.

VIDEO:

Komen Netizen:

Sumber: FB Acid Acit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *