Hari Ibu sememangnya suatu hari yang meriah disambut oleh rakyat Malaysia. Hari Ibu merupakan hari yang disambut demi menghargai jasa dan segala penat lelah ibu membesarkan kita.

Isteri sudah tiada, ayah memakai baju wanita sempena sambutan Hari Ibu di sekolah anaknya

Lelaki pakai baju wanita untuk ganti tempat ibu setelah isterinya meninggal dunia

Walaupun Malaysia sudah menyambut Hari Ibu, di Thailand Hari Ibu jatuh pada 12 Ogos 2018. Kebanyakan sekolah di sana mengadakan majlis sambutan Hari Ibu pada hari jumaat (10 Ogos). Majlis itu menjemput para ibu untuk hadir agar pelajar-pelajar itu boleh menyambut bersama mereka.

Namun bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempunyai ibu? Ini merupakan kisah yang menyayat hati tentang seorang bapa yang berumur 32 tahun.

Selamat Hari Ibu

Lelaki yang dikenali sebagai Chatchai Parn-Uthai mempunyai dua orang anak yang berumur 3 dan 5 tahun. Gambar ini dimuatnaik di Facebook milik Kornpat Ae Sukhom bersama status “Outstanding mom of 2018”.

Chatchai telah bercerai dengan isterinya 3 tahun yang lalu. Namun itu tidak menghalang dirinya untuk menghadiri majlis sambutan Hari Ibu sekolah anaknya dengan memakai dress berwarna merah jambu.

Majlis sambutan Hari Ibu diadakan dengan anak-anak memberi bunga kepada ibu mereka sebagai tanda cinta dan seterusnya meminta maaf dan mengucapkan terima kasih atas segala jasa mereka.

Demi anak yang tercinta

Menurut Chatchai, dia sanggup buat apa sahaja demi anaknya.

“Saya tidak mahu anak-anak saya merasa terasing dan saya berharap mereka boleh bagaia. Saya tidak malu memakai pakaian wanita. Kerana saya sangat mencintai anak-anak saya. Selagi saya melihat mereka tersenyum, maka semua ini memang berbaloi.”

Wah, terharunya apabila melihat pengorbanan seorang ayah yang sanggup buat apa sahaja demi kebahagian anak-anaknya.

Sanggup buat apa sahaja

Chatcai juga turut berterima kasih kepada orang ramai kerana menyokong dan mendoakan dirinya agar terus menjadi bapa yang baik buat anak-anaknya. Lihat video yang dirakam pada hari kejadian:

Comelnya anak Chatcai. Video ini sangat popular dan telah ditonton sebanyak 6 juta penonton. Walauapapun semoga Chatcai mampu membesarkan kedua orang anaknya dengan sihat.

Video;

Sumber: Kornpat Ae Sukhom, Coconut via Oh My Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *