Diana Amir atau Nurdiyana Amir Binti Hasyim 32, mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Habibullah A. Rahman pada 26 Oktober 2013 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Khaulah Al Azwar pada 8 Mac 2015. Manakala, cahaya mata kedua ialah Khadija Azzehra pada 4 Januari 2018.

Pengacara Tv Al-Hijrah itu begitu cantik sejak mula berhijab. Cantiknya Khaulah dan Khadija macam mommy dia. Mana tumpahnya nasi kalau tak ke kuah kan?.

Min respect la pada Diana Amir ni. Bagusnya cara dia didik anak ni. Didikan agama disemai dalam jiwa anak-anak. Baru je usia Khaulah ni 3 tahun 5 bulan, dah pandai hafal doa tidur dan banyak lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kapsyen video:
Mummy kena buli dgn ini budak.

Komen netizen:
Eee. Ustazah gg sebatang ni. Geram cikmok tau.

Subhanallah. Pandainyer Khawlah.

Diana Amir – Mimpi buruk tentang hari kiamat

Jika menonton filem Aku Masih Dara, ramai peminat tidak menyangka pelakon Diana Amir mengambil keputusan drastik memakai tudung dan berubah sepenuhnya dalam aspek penampilan diri. Bercerita tindakannya itu, Diana sebenarnya mendapat petanda sejak tiga bulan sebelum berhijrah mengenai mimpi buruk tentang hari kiamat.

Jelasnya pada Mstar, dia menyatakan mimpi itu mengingatkannya terhadap kematian yang semakin hampir dan ia terus membelenggu dirinya selepas itu sebelum mengambil keputusan berhijab serta mendalami agama. Hasrat Diana untuk berubah mendapat sokongan rakannya, Irma Hasmie yang kemudian membawanya berjumpa dengan Wardina untuk mendapat tunjuk ajar dan sokongan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *