Setelah berita gembira dikongsi ramai, sekarang anak angkat kepada pelakon Abby Abadi yang baru sahaja diambil itu telah membuatkan ramai yang memuji kecomelan Muhammad Daiyan Fayyadh. Apatah lagi menerusi laman sosial Instagram miliknya, Abby turut berkongsi foto anaknya kepada netizen.

Abby bersama suami dan anak-anak

Memiliki dua orang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu bersama Norman Hakim

Niat baiknya itu dipermudahkan maka beliau dengan segera berjaya memperolehi anak angkatnya, Muhammad Daiyan Fayyadh. Terdahulu, lakonan Abby terhadap anak keduanya yang difahamkan masih belajar iaitu kepada Marissa Dania iaitu Abby mengatakan bahawa Daiyan anak yang dikandung olehnya dan Marissa tidak percaya. Namun ia sekadar gurauan mereka berdua dan ia telah membuatkan netizen tertawa.

Terbaru pula Abby berkongsi telatah comel Marissa mendukung adik barunya itu sehingga membuatkan netizen memuji kepandaiannya dalam mendukung Daiyan. Video tersebut mendapat tontonan yang hampir cecah 680k daripada netizen.

“Kak Yanya @marissadania #MuhammadDaiyanFayyadh. Masih tak percaya lagi tadi. Sekarang dah percaya dah hehe.”

VIDEO :

Suka tengok kakak Yanya, tahniah dapat adik baru

Pandainya kakak ni, cara dia pegang babu tu tak kekok

Dah boleh jadi ibu dah

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Instagram Abby Abadi, SoyaLemon

ABBY SAKAT MARISSA TENTANG ‘BABY BARU’ BIKIN NETIZEN TERHIBUR!

Alahai cantiknya anak dara Abby Abadi ini, terdahulu Marissa Dania yang merupakan anak kedua hasil daripada perkahwinan Norman Hakim dan juga Abby Abadi ini telah menjadi topik hangat apabila tersebar fotonya yang sangat cantik dan dipuji bak bidadari!

Apapun, kini keluarga Norman dan Abby menjadi perhatian ramai apatah lagi setelah hubungan baik antara dua selebriti ini menjadi akrab walaupun dahulunya mempunyai konflik rumahtangga.

Keluarga bahagia!

Terbaru, berita Abby sudah mempunyai anak angkat lelaki yang diambil semalam dan ia mendapat pujian malah netizen turut tumpang gembira dengan keputusan Abby yang dikongsi menerusi laman sosial Instagram. Kini pula, Abby memuat naik video telatah beliau bersama Marissa, anak keduanya itu seolah tidak mengetahui keputusan ibunya untuk mengambil anak angkat dan Abby berlakon itu sebenarnya anak yang dilahirkan olehnya sendiri.

Marissa yang kelihatan tertanya membuatkan netizen tertawa dengan telatah comelnya bersama Abby dan rata-rata turut terhibur melihat gurauan anak-beranak ini.

Anak-anak perempuan Norman dan Abby! Marrisa Dania dan Maria Danisha.

“Kak Yanya @marissadania. Nak ke Melaka singgah jumpa Dania jap, terkejut dia kita ada Baby. Kita kata Mama kan baru keluar hospital, bersalinlah tu…dia tak caya.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *