Video memaparkan aksi comel kanak-kanak lelaki bernama Anas ini telah tular di media sosial. Telatah riang kanak-kanak ini telah mencuri perhatian netizen yang amat menyukai gelak tawa dan cara interaksi Anas bersama ayahnya.

Penat admin gelak tengok telatah adik Anas ini dan pandai juga si ayah melayan anaknya. Banyak kerenah betul tapi comel!

Bukanlah, Orang utan

Ini gukan udang,, kuda

Alamak dah mati… macam mana ni

Nak beli pistol air, nak tembak papa

Baiknya kucing ini

SUSULAN video tular adik Anas yang berusia dua tahun berlagak seperti kucing yang masuk ke dalam sangkar lalu diusik bapanya membuatkan netizen geli hati dengan telatah comelnya.

Malah kanak-kanak tersebut kini mula mempunyai peminatnya seperti mana anak-anak artis.

Kini, aktiviti yang dilakukan anak beranak itu yang dimuat naik ke laman sosial oleh bapanya di laman sosial Facebook Fattah Anas dan Instagram abamfifi mula dikuti netizen.

Terdapat juga satu video yang tidak kurang lucunya apabila bapanya bertanya berkenaan jagung mainan tetapi dijawab sebagai udang sehingga mengundang hampir 5,000 ‘like’ dan mendapat ribuan komen.

“Ini udang”… (mengundang gelak bapa dan ibunya)

“Ini bukan udang, (ini) ni kuda” kata bapanya.

Tetapi kanak tersebut memarahi bapanya dalam nada pelat dan menyuruh bapanya makan udang itu.

“Apa papa ni, udang… nah maman”.

Ramai netizen yang mengelarkan mereka berdua sama-sama loyar buruk.

Malah kini, aktiviti yang dilakukan anak beranak itu yang dimuat naik ke laman sosial Facebook Fattah Anas dan Instagram abamfifi dikuti netizen.-SinarHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *