Aksi penyanyi popular, Black Hanifah melatih anaknya untuk belajar berenang di kolam dewasa menarik perhatian netizen di media sosial sehingga ada yang melabelkan selebriti itu berperangai jahat.

Dalam satu video yang dimuat naik Black menerusi Instagram, @black.hanifah hari ini menunjukkan dia memujuk anaknya, Dayyan masuk ke kolam renang dewasa yang mempunyai paras air lebih dalam.

Anaknya itu yang sedang bermain di kolam renang kanak-kanak menyatakan tidak mahu sambil menjawab kolam dewasa itu dalam.

Bagaimanapun, Black kemudian bertindak memaksa anaknya itu dengan mengangkat kanak-kanak itu lalu diletakkan ke dalam kolam renang dewasa.

Dayyan yang mula menangis kemudian kelihatan pandai berenang sehingga berjaya sampai ke penghujung kolam dewasa itu.

eskpun suntingan video itu diselitkan dengan ‘folly’ jenaka, netizen menanggap ia suatu tindakan yang berani sebagai seorang bapa melatih anaknya pandai berenang.

Lawakk wehhh..xlarat gelakk

Ko jahat la @black.hanifah… bhahahha

Sumber: IG @black.hanifah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *