Kanak-kanak yang pernah viral dengan videonya menyamar sebagai kucing dalam sangkar, adik Fattah Anas telah dijemput ke program rancangan MeleTop.

Telatah serta kepetahan adik Anas semasa penggambaran program MeleTop membuatkan netizen geli hati dan meminta supaya MeleTop menjemput kanak-kanak comel itu lagi pada masa akan datang.

Ya Allah comelnya…

alaa kejap sgt x puasss…hmm nk tngok anas lgi…

Buat lagi video best tau anas…

Gelagat budak berlagak kucing pikat hati netizen

SUSULAN video tular adik Anas yang berusia dua tahun berlagak seperti kucing yang masuk ke dalam sangkar lalu diusik bapanya membuatkan netizen geli hati dengan telatah comelnya.

Malah kanak-kanak tersebut kini mula mempunyai peminatnya seperti mana anak-anak artis.

Kini, aktiviti yang dilakukan anak beranak itu yang dimuat naik ke laman sosial oleh bapanya di laman sosial Facebook Fattah Anas dan Instagram abamfifi mula dikuti netizen.

Terdapat juga satu video yang tidak kurang lucunya apabila bapanya bertanya berkenaan jagung mainan tetapi dijawab sebagai udang sehingga mengundang hampir 5,000 ‘like’ dan mendapat ribuan komen.

“Ini udang”… (mengundang gelak bapa dan ibunya)

“Ini bukan udang, (ini) ni kuda” kata bapanya.

Tetapi kanak tersebut memarahi bapanya dalam nada pelat dan menyuruh bapanya makan udang itu.

“Apa papa ni, udang… nah maman”.

Ramai netizen yang mengelarkan mereka berdua sama-sama loyar buruk.

Malah kini, aktiviti yang dilakukan anak beranak itu yang dimuat naik ke laman sosial Facebook Fattah Anas dan Instagram abamfifi dikuti netizen.-SinarHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *